Posts

Image
14 JULAI 2017, Fakulti Kejururawatan & Sains Kesihatan KUIM telah menjalankan satu program yang sungguh meriah untuk semua pelajar fksk iaitu Sambutan Nurses Days & Jamuan Hari Raya 2017. OBJEKTIF Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat- menghormati antara pensyarah, jururawat klinikal, staff dan pelajar. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama. Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat. Memperkenalkan erti kejururawatan kepada pelajar. Mengutuhkan perasaan cinta terhadap profesion Kejururawatan. Antara aktiviti yang dijalankan; 8:00 pagi : Bacaan Asma Ul-Husna, Nyanyian Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Kolej Universiti Islam Melaka. 9:00 pagi : Ikrar Jururawat oleh Jururawat Klinikal Puan Mazalifah Binti Mahmud dan nyanyian Lagu Jururawat. 9:30 pagi : Ceramah & Ucapan perasmian oleh Timbalan Dekan FKSK oleh Puan Saadiah Ridzuaniah Binti Abu Hassan Ashaari. 10:15 pagi : Jamuan b

DK2 / 14 LULUS 100% LJM

Image
20/7/2017, Khamis - Telah diumumkan bahawa semua Calon DK2 /14 KUIM telah mendapat keputusan 100% lulus dalam PEPERIKSAAN LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA (LJM) pada 5 Julai 2017 lalu. Kami mengucapkan tahniah kepada semua calon kerana telah berjaya lulus dalam LJM.
Image
9 JUN 2017 -  Bersempena dengan ketibaan peperiksaan akhir semester dan peperiksaan lembaga jururawat Malaysia semester 6, satu program “Bacaan Yaasin dan Solat Hajat” telah dianjurkan oleh Exco Dakwah, Tarbiyyah dan Kepimpinan dengan pada 9 Jun 2017 di Masjid Al-Ilmi, Kolej Universiti Islam Melaka.  Bermula pada pukul 8 pagi, program telah dimulai dengan zikir, bacaan yasin dan solat hajat secara berjemaah dan seterusnya tazkirah ringkas oleh Saudara Mohd Syazwan Bin Md Sobri Meneruskan program, satu sesi tazkirah telah disampaikan oleh penceramah jemputan dengan mengetengahkan topik mengenai persiapan dalam menghadapi peperiksaan dan tips yang boleh digunakan sepanjang minggu peperiksaan. Melabuhkan tirai program, para peserta telah diberikan kurma sebagai bekalan untuk menghadapi peperiksaan. Menurut pengarah program, objektif penganjuran program ini adalah untuk mengajak mahasiswa mengimarahkan surau dan masjid yang terdapat dalam kolej. Elemen yang terkandung dalam progr

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & FAREWELL SEMESTER 6 (DK 2 2014)

Image
5 JUN 2017 - Fakulti Kejururawatan & Sains Kesihatan KUIM telah menjalankan satu program yang sungguh meriah untuk semua pelajar iaitu MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & FAREWELL SEMESTER 6 (DK 2 2014) OBJEKTIF Menghargai jasa pengajar dan pelajar fksk. Membina keyakinan dan semangat pelajar untuk terus belajar. Penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dan pelajar semester 6 sebagai semester akhir di fksk. Membina sikap positif para pelajar kearah transformasi pendidikan Diploma Kejururawatan. Membina serta memperkukuhkan lagi sahsiah dan keberanian pelajar menerusi program ini. Mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan Kolej Universiti Islam Melaka