14 JULAI 2017, Fakulti Kejururawatan & Sains Kesihatan KUIM telah menjalankan satu program yang sungguh meriah untuk semua pelajar fksk iaitu Sambutan Nurses Days & Jamuan Hari Raya 2017. OBJEKTIF Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat- menghormati antara pensyarah, jururawat klinikal, staff dan pelajar. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama. Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat. Memperkenalkan erti kejururawatan kepada pelajar. Mengutuhkan perasaan cinta terhadap profesion Kejururawatan. Antara aktiviti yang dijalankan; 8:00 pagi : Bacaan Asma Ul-Husna, Nyanyian Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Kolej Universiti Islam Melaka. 9:00 pagi : Ikrar Jururawat oleh Jururawat Klinikal Puan Mazalifah Binti Mahmud dan nyanyian Lagu Jururawat. 9:30 pagi : Ceramah & Ucapan perasmian oleh Timbalan Dekan FKSK oleh Puan Saadiah Ridzuaniah Binti Abu Hassan Ashaari. 10:15 pagi : Jamu...